Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Garaj

Garaj. Jika dilihat pada saiznya, ia kecil dan kemungkinan besar tidak menarik. Sebesar sebuah rumah juga perlu dimulakan dengan sekecil bata. Honda dan Microsot kini yang masing-masing memiliki 187 094 dan 94 000 pekerja, bermula dari mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan di garaj.  Pendapatan bersih tahunan syarikat Honda kini mencecah RM 12.25 billion sementara Microsoft, yang diasaskan oleh Bill Gates, kini memiliki pendapatan  bersih sebanyak RM 52.28 billion. Apple, hasil usahama Steve Jobs dan Steve Wozniak di garaj milik ibu bapa Steve Jobs, mendominasi pasaran tablet di seluruh dunia. Di US sahaja, ia terjual 34 juta iPad, di mana setiap 9 orang di negara tersebut, salah seorang memilikinya. Tidak dilupakan, rangkaian Facebook yang dibangunkan 16 tahun yang lalu, kini mempunyai lebih 1 billion pengguna.  Dilaporkan bahawa rangkaian ini diakses 630 juta orang setiap hari berbanding twitter yang hanya 120 juta orang. Namun, dari segi kepantasan sesuatu berita,makluma